Syabas dan tahniah kepada pasangan bergu lelaki Malaysia Aaron Chia -Soh Wooi Yik. Mereka telah berjaya meraih pingat gangsa di dalam acara bergu lelaki badminton di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Ini adalah pingat pertama yang dimenangi oleh kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Mereka bukan sahaja menewaskan juara dunia dari Indonesia Mohammad Ahsan - Hendra Setiawan, tetapi juga menumpaskan bergu nombor satu di dunia Marcus Fernaldi and Kevin Sanjaya juga dari Indonesia. Ini merupakan kali pertama Aaron and Wooi Yik bertanding di sukan olimpik. Namun mereka telah menunjukkan prestasi yang baik and corak permainan yang agresif. Mereka juga tidak mudah berputus asa apabila tewas set pertama. Seluruh negara Malaysia bangga dengan kejayaan mereka.